Friday, September 4, 2009

Aku yang Kesepian...

Ku merasakannya...
seperti bait-bait lirik lagu Kosong-Dewa...

kamu seperti hantu
terus menghantuiku
kemanapun tubuhku pergi
kau terus membayangi aku
salahku biarkan kamubermain dengan hatiku
aku tak bisa memusnahkan
kau dari pikiranku ini

reff: di dalam keramaiana
ku masih merasa sepi
sendiri memikirkan kamu
kau genggam hatiku
dan kau tuliskan namamu
kau tulis namamu
tubuhku ada di sini
tetapi tidak jiwaku
kosong yg hanya kurasakan
kau telah tinggali hatiku

Thursday, September 3, 2009

Bila Lelaki Merajuk...

Al kisahnya,

Pelik ke tak pelik ye bila lelaki merajuk. Dan yang nak memujuk tu memang langsung tader skill nak memujuk. Ha ha ha...

Lainlah kan kalau depan mata, boleh jugak diusahakan pelbagai cara. Ini hanya tinta sahaja yang mampu diwakilkan.

Kalau dah sayang... semuanya akan diusahakan. Benar kan? He he he

Monday, August 31, 2009

Berikan ku Kekuatan...

Tuhanku,

berikan ku kekuatan untuk menghadapi sebarang kemungkinan,
berikan aku kekuatan untuk mengharunginya dengan tabah,
berikan aku kekuatan untuk menghadapi saat-saat itu,
berikan aku kekuatan untuk mengatasi rasa ini.

Adapun,
setiap sesuatu yang kita impikan itu,
belum pasti jadi mampu kita miliki,

Adapun,
setiap apa yang kita miliki itu,
belum pasti jadi hak kita yang kekal,

Adapun,
semua yang dikurniakan,
adalah daripadaNya,

Tabahkan hatiku ya Allah.

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan


To all,


Selamat berpuasa diucapkan. Moga Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan hendaknya. Semoga amalan kita juga diterima olehNya.





Selamat menjalani ibadah puasa.

Friday, August 14, 2009

I am...

... sedang dalam suka tapi melara..










.... tapi, bahagia itu letaknya pada hati.
Hati yang menentukan sama ada si pemiliknya sedang bahagia atau merana. Kalau sang pemiliknya rasa bahagia, akan bahagialah hidupnya. Namun, sekiranya hatinya melara akan duka sengsara lah si pemiliknya.
Yang sebenarnya, bahagia itu belum menjadi milik sang pemilik hati.
Lantas, dia pun teruskan rasa duka laranya. Sendirian...

Tuesday, August 11, 2009

I Have Stories...

First,

Hari mood merindui seseorang. Unfortunately, no response from him. Huh, I hate this feeling. Buat fikiran terganggu. Alangkah sungguh bagus sekali waktu boleh diundur untuk beberapa hari kebelakang.

I miss you, dear.

Hari ni jugak dapat makan free.


Second,

Last week baru balik dari KT. Kampung halaman dia. Oppss, bukan pergi ke sana untuk tujuan lain. Kebetulan menghadiri kenduri kahwin sahabat uni. Kebetulan. Setiap kali percutian, sms dia akan turut mengekori. Ingatkan percutian kali ni perkara tersebut tak kan berlaku. Suka? :). Menginap di Felda Residence, hotel baru di KT. Agak selesa dan berada di tengah bandar. Senang untuk berjalan-jalan.

Wednesday, July 15, 2009

Salam Again...

Ntah apa mood petang ni muncul untuk mencoretkan beberapa rangkap perenggan diblog yang hampir kosong ini. Diikut-ikutkan memang malas nak berblog lagi. Langsung hendak ditutup sahaja. Mungkin satu hari nanti?? Mungkin.

Sejujurkan, memang banyak benda yang berlaku sejak beberapa bulan terkebelakang ini. Okay.. Let's start backward.

Julai 2009.

A few things happened.

Yesterday:
Latest, someone from my past called without voice, then sms-ed just to inform me that he is married? Like I care. Seriously. I don't understand on what purpose he wanted to contact me after 2 years. Everything about him I have dumped in that dusbin. Ha ha ha, sounds very cruel but I really don't have memories about him anymore. Only sadness he has brought into my life. But, now I am really moving on.

Last week:
A message from Mr M " Smlm u fikir bukan2 ye?? Mmm belajar la fikir mcm tu lagi, I cubit2 baru tau". Terus hari berlalu jadi lebih indah. Ye, sangat indah. :)

Last few weeks:
Rasa hidup ni penuh dengan DEADlines. Memang rasa macam nak mati. Tensen dan segala mak nenek pressure dan stress. Pertamanya ialah berkaitan hardcover thesis, keduanya quarterly report dan ketiga nya my life sendiri.

Akhirnya semua berjaya disiapkan dalam waktu yang ditetapkan tetapi semuanya LAST MINUTE. Agaknya nak kahwin nanti pun last minute kan? Ha ha ha...

June 2009:
Setahun sudah berlalu. Bekerja mungkin tidak sepayah zaman belajar tapi seronoknya sebab pegang duit sendiri dan dapat beli apa yang mampu dibeli. Hmm... Bulan ni jugak, dapat melancong ke luar negara buat pertama kali nye. Ha ha ha, macam jobo jer kan?? Tapi, itu kan personal achievement jugak, self-satisfaction tu penting. Kih kih...

Bulan ni jugak, my sister's wedding ceremony. Bertambah seorang lagi ahli keluarga.

Bulan Jun ni jugaklah, pecah rekod cuti sampai 6 hari. Ha ha ha berapa hari la sangat yang bekerjanya tolak dengan weekends. Adoiii... budget cuti memang lari habis..

Mei 2009:
Rasanya bulan ni tader apa-apa yang menarik melainkan... kisah suka duka hidup seorang penagih cinta. Hu hu hu... Sadisnye kedengaran.
.
.
.
.
.



Finally...

Azam tahun ni ada satu lagi belum tercapai. Satu yang penting. Satu yang jadi rahsia. Rahsia Allah. Sedang berusaha... dan akan terus berusaha.


p/s: Kenapa ye malas sangat nak berblog? Rasanya menaip entry bukan lama sangat pun, tak sampai 5 minit pun :)

Tuesday, June 30, 2009

Kembali...

Salam,

Lama betul blog ni ditinggalkan tanpa sebarang pesanan. Dekat dua bulan. Banyak benda yang berlaku sepanjang 2 bulan ni. Antaranya...

Ermm, antaranya apa eh? Ha ha ha..





Rasa macam dah lost dalam dunia sendiri.

Saturday, April 11, 2009

Salam Untuk Semua

Salam...

Lama betul tidak mencatat sebarang kata-kata di sini. Alhamdulillah, masih lagi bernafas di bumi Allah ini.

Banyak benda yang berlaku sejak dari awal Mac pertengahan hingga lah ke hujung Mac yang lalu. Ada yang gembira, seronok dan ada juga yang pahit sedikit. Namun semua telah pun berlalu...

Kini memasuki bulan April...

Bulan apa ye? Tetiba teringat plak lagu Abang Asmara kita tu... Bila April. He he he...

Hari itu, ada sedikit catatan duka... tapi semuanya telah kembali seperti sedia kala. Walaupun, ada benda-benda lain pula yang menyakiti hati. Tapi, itulah lumrah kehidupan...

Mungkin akan kembali semula pada awal Mei atau mungkin juga pertengahan June nanti. Namun semuanya bergantung pada keadaan.

Semoga berjumpa lagi.

Salam takzim. :)

Tuesday, March 10, 2009

Bila Rasa Ini IV

Semalam telah pun berlalu. Hari itu... rasa sungguh bahagia. Benar. Saya sungguh rasa bahagia. Rasa sungguh rapat, begitu dekat. Intim. Saat itu dikongsi berdua. Rasa itu masih dirasakan hingga kini.

Tapi... adakah dia mempunyai rasa yang sama kini? Atau saya sendirian?